Monday, June 20, 2016

Kenapa Creampuff Tak Naik atau BANTAT?

Okay!! Creampuff ni tersangatlah rendah cost dia (kulit dia ya) sebab hanya ada beberapa bahan je yang murah. Butter / margerin, air, tepung, garam.. Haaa!! nina teringat ada siapa yang cakap. Bahan kalau terlalu sikit, maknanya skill nak buat tu memang bukan senangla kannn..

Jadi kenapa creampuff tak naik atau BANTAT?

Sebab dia simple je. SUHU! 
Ada kawan yang buat, tak mahu jadi rongga tengah tu, jadi dia pakai tepung kek yang ada serbuk penaik, baru jadi. Kalau ikut teknik, tak payah pakai serbuk penaik. Jadi kenapa ya?

1. Suhu tak cukup tinggi.

Untuk naikkan creampuff, suhu oven mestilah lebih tinggi dari suhu oven bila bakar cookies. Sebab kita nak bagi ada rongga di tengah untuk kita letak filling. Macam muffin tu, kan kita kena pakai suhu tinggi sikit. Barulah naik si toncet muffin. Sama jugaklah kalau kita nak bakar creampuff.

2. Adunan terlalu cair (terlebih telur)

Bila terlebih telur, memang adunan akan terlebih cair. Bila adunan cair, memang susahlah nak paipkan. Kena pulak suhu tak cukup panas, memang takkan naik la kannn.. Bayangkan, kita nak creampuff tu kering, keluarkan wap-wap dia, alih-alih cecair terlebih, memang susahlah dia nak naik. Jadi kena pastikan telur tu cukup-cukup je. Kadang-kadang resepi kata nak pakai telur Gred B, tiba-tiba kita pakai telur gred A, memang cecair telur tu lebih, adunan terlalu lembik.

Nota:
Kalau lebih telur, creampuff yang dihasilkan tersangatlah lembut, jadi makan je la macam makan cucur. sedapppp! Jangan buang tau.. membazir tu amalan syaiton!

3.Paipkan creampuff bila adunan masih terlalu panas.

Apabila kita paipkan panas-panas, adunan dia terlalu lembik. Jadi leper je. Macam mana nak naik nanti? Jadi tunggu suam-suam sikit, barulah boleh paipkan tinggi sikit.


4. Masak adunan terlalu sekejap


Adakalanya kita masak adunan tepung butter dan air tu terlalu sekejap. Sebab dia tak tahulah tapi memang perasan, bila tak cukup masak, adunan tak berapa cantik bila masukkan telur. Kalau masak adunan terlalu lama pulak, minyak dia akan pecah tapi yang tu okay lagi sebenarnya, cuma adunan berminyak, masa masukkan telur kena kacau sampai sebati.

5. Tak cukup masa membakar

Satu hal mengenai creampuff ni, memang nampak dia naik macam gila, bau dia punyalah semerbak. Masa nina mula-mula bakar creampuff, nina taknak la warna dia macam hangit. Tapi bila keluarkan, creampuff terus jatuh. Maknanya creampuff tu sempat naik je. Of course la kan, creampuff akan naik sebab suhu dia terlalu tinggi, tapi itu tak bermaksud dalam creampuff tu dah masak. Jadi, pastikan warna atas creampuff tu dah coklat-coklat sikit. Walaupun nampak macam terlebih garing, creampuff tu takkan rasa hangit. Paling tak pun, creampuff tu akan jadi kering kontang macam biskut lutut hahaha.. 

Tapi jangan lah bakar sampai 1jam.. kalau nina bakar mini ones dalam oven besar tu, 7 x 7 mini creampuff dalam 15 minit, kalih tray, masukkan lagi 5-10 minit. Tunggu semerbak bau, warna dah perang-perang.

Nota: 
selalunya creampuff yang di tepi akan terlebih garing sikit jadi korbankanlah beberapa creampuff di tepi untuk menyelamatkan creampuff di tengah. Jangan tengok creampuff seketul dua dah garing, habis penyet semua di tengah hahahaha

Cuba tawwww..
Kalau nak belajar buat creampuff step by step, boleh laaa..
nina ada buat online class.. RM50 jer.. insyallah jadi, 
masa nina belajar dulu tak de duit nak pergi kelas mahal-mahal.
so trial and error dalam 10 kali dah okay dah my creampuff..
whatsapp 0172092644 untuk join kelas.

Wednesday, March 23, 2016

Macam Mana Nak Letak Harga Produk

Haaa!! Ni memang topik sensasi! Topik sensitif.. topik hangat!
Cuba baca soalan-soalan ni? Pernah tak terfikir?

Macam mana nak letak harga kek atau kuih?
Kenapa setengah orang jual murah sangat?
Laku ke kalau jual mahal?

Atau, pernah tak dengar statement ni?

Akak jual murah sebab suka-suka je, nak tolong kawan-kawan.
Ni hobi, saja je jual murah.

Haaaa!! Kan isu sensitif tuuu.. Tau tak pasal harga ni boleh menyebabkan pergaduhan dan ketegangan tau.. Jadi nina tanya balik, macam mana nak letak harga? Jeng jeng jeng..

Nak jawab soalan tu, kena kira balik costing kita beli barang. Ramai yang letak murah tu, mesti costing dia rendah atau dia gunakan produk tu sebagai promo dia. Macam mana costing boleh jadi rendah? Cer pikir? Costing boleh murah tu banyak cara tauu.. Bukan masa beli barang je. Read on!

Costing Bahan
Harga bahan ni boleh jadi murah kalau kita beli banyak. Standard la kan. Kita beli kacang 250gm dengan paket sekilo, memang jauh beza sampai perbezaan tu kita boleh beli barang lain. Masa nina buat full time berniaga, memang boleh beli paket besar dan harga murah sebab sales memang banyak, jadi untuk kita rolling modal balik, tak ada masaalah. Tapi bila nina dah start mengajar dan baking ni jadi part time sahaja, modal membeli barang ni jadi lebih tinggi. Bila kita buat order kecil, kita terpaksa beli barang ikut keperluan sebab sesetengah bahan seperti keju atau kacang tak tahan kalau disimpan lama. Kalau rosak laaaagi rugi. Jadi bila dikira costing semula, memang harga costing akan jadi lebih tinggi.

Lokasi
Bahan di berlainan lokasi memang lain tauu.. Jadi, kadang-kadang tak sesuai bila tanya orang berapa kita nak jual. Kalau dah jauh dari bandar, sudah tentunya harga menjadi agak mahal. Masa nina pergi ke Sungai Petani, memang terkejutlah bila tengok harga sesetengah bahan di sana agak lebih tinggi dari Bangi. Nak jual kek di Sungai Petani tentulah harganya kena ikut harga bahan di sana.

Masa
Kadang-kadang bila kita tengok sesetengah harga Sifu, melambung naik tapi setengah sifu pulak harganya mak aii harga ekonomi. Kenapa? Adakalanya bila kita beli dengan sifu, dia punya terrer sampai dia boleh buat sesetengah kuih dua kali ganda berbanding kita. Dahlah dia ada pekerja. Bayangkan kalau kita jual popiah terkial-kial nak buat kulit, tentunya kita terpaksa membeli kulit tersebut dan meletakkan harga costing itu pada pelanggan. Sifu sudah tentunya boleh menjual secara borong kalau dia sudah pun ada 2 pekerja yang sudah terlatih!

Peralatan
Haaaa!! Yang ni memang nina terkezut giler. Nina pernah bekerja part time dengan seorang sifu ni. Dia mampu menjual cupcake untuk bunga telur dengan harga yang murah. Bila dah bekerja di situ, barulah tahu macam mana harga dia boleh jatuh merudum dan masih lagi buat duit. Oven dia humanghaiii.. besarnyaaa.. Sekali bakar, dia boleh bakar 4 tray berbanding dengan oven nina. Katakan satu tray boleh bakar 50 cupcakes, boleh tak bayangkan dalam masa 25 minit, sifu tersebut mampu membakar 200 cupcake berbanding nina yang hanya mampu membakar yang hanya mampu membakar 50 biji pada masa yang sama. Oven sifu pula oven gas sedangkan oven nina oven letrik. Nampak tak peralatan juga mampu memberi kesan pada costing dan harga.

Bahan yang Digunakan
Bahan yang digunakan memang tersangatlah memberi kesan. Contohnya, kita buat cookies pakai margerin atau butter pun memang jadi je cookiesnya. Tapi yang membezakan rasanya ialah bahan. Dah buat cookies pakai coklat mahal, rasanya memanglah rasa mahal. Buat cookies letak kacang pecan berbanding biskut mazola, memang lainlah harganya. Tepuk dada tanya budget dan tanya customer.  Dulu berniaga sampret pakai pure butter. Modal yang diperlukan jadi tinggi sekarang sebab harga butter sekarang jadi dapat 2 butter biasa, jadi terpulanglah kita nak jual macam mana kan. 

Jadi untuk menjawab balik soalan "Macam mana nak letak harga produk?"

Pertama sekali kena kira balik costing. Kalau sukatan cawan macam mana? Yaaa, kena kira semua tu. Kalau malas nak kira satu-satu, agak-agak pun boleh. Tapi yang penting mesti tahu costing barang.

Kedua, jangan lupa costing yang tersorok, letrik, air dan juga sabun mencuci. Semua tu dikira sebagai utiliti. Cara nak kira utiliti ialah tambahkan 30% - 50% daripada harga costing. Contohnya modal barang RM10, jadi harga costing dah jadi RM13 - RM15.
 
Ketiga, dah kira ke  gaji untuk diri sendiri? He he he.. Part ni yang paaaling orang lupa!! Gaji tukang masak merangkap chef merangkap tukang beli barang. Tol dah kira ka ceqqqq?
Okay, tol nak membeli barang selalunya RM1 + RM1. Sekarang tol dah naik jadi RM1.80 + RM1.80. Kalau nak elak tol, ambil jalan jauh yang mengambil masa. Itu semua kos!

Keempat, jangan lupa kemahiran yang diperlukan. Kemahiran tu bernilai sangat tinggi. Dengan tak malunya, creampuff nina singgit satu! Seriously! Saiz kecil tapi seringgit. Pernah pelanggan nego harga, boleh tak kurangkan saiz dan kurangkan harga. Boleh, tapi harga jadi RM0.70 tetapi saiz separuh dari saiz singgit dan minumum 100 biji. Walhal memang pernah tengok di Bangi ada yang jual RM0.50 sebiji. Memang tak dapat nak letak harga tu.

Kenapa? Sebab creampuff kami, intinya buat sendiri. Bukan ready made. Kena sejukkan dalam peti beberapa jam. Dan kulit creampuff kosnya sangat rendah taapi tersangatlah sensitif. Salah sikit tak boleh nak letak filling sebab kalau bantat, tak ada ruang di tengah. Dan filling yang kami isi penuh, bukan sejemput. Bila customer argue, jangan salahkan customer. Kita terangkan saja, Ingat, dalam jual beli, customer dan peniaga kena dua-dua setuju dengan harga, baru boleh berurus niaga.

Last sekali, tengoklah jugak harga pasaran. Kalau harga pasaran tinggi, janganlah kita jual terlalu rendah kerana kita boleh merosakkan harga pasaran, kecualilah kalau kita nak gunakan product kita sebagai loss leader atau daya tarikan untuk produk kita. Bila kita baru mula berniaga, boleh juga kita rendahkan harga untuk memperkenalkan produk kita. Tapi janganlah lupa tulis "Introductory Price" tauuu..

Okaylah! harap-harap entry ni membantu.. Tanyalah yaaaa.. kalau nina mampu jawab, insyaallah nina cuba jawab..

Muaks!!